<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, March 10, 2004

herm!..lama sungguh tak update blog. siap kak dura tanya "naperlah lama sgt nuha tak update".hehehe. thanks akak!..tu bermakna akak peminat setia my blog...ceeeeewaaaah!....terasa bangga lak...
okie ni nak peturun cara buat kuih jemput2 bagi sedap, maklumla pagi tadi i buat jemput2 ikan bilis.hehehehe :).hari ni bangun awai skit, sblm rasmi seterika baru.seterika umah sewa kami rosak smlm, meletup :),tapi tak per intan terer dia gi betulkan kat bhgn fius apa tah.eden pun tak tau.nak pi nuntut dgn intan.raisha smlm gi intvw IBM.harap2 dapatlah,tapi kalau dpt ermmmm...kurang la sorang kat umah sewa kami.dia lah penglipur lara rumah tue...hehehe.tambah plak pandai masak.

Okiela atas permintaan, i bgtau cara nak buat jemput2 bagi sedap.menunye sama je cam biasa, cuma pastikan letak sebiji telur(bg tepung lembut) dan gunakan air panas instead of air sejuk/air paip! ha itu sajer..senang kan? tapi ade setengah org tak nak kolestrol so tak yah lah letak telur.ok je sedap aje...selamat mencuba.tapi kalau nak tgk resepi makan2 ni bleh pegi website ni....
http://resepi.mesra.net/Kuih-Muih/
http://www.keluargakuonline.com/

hehehehe sesuai utk yg dah nak kawin.....belajar2lah masak ek...
takpun di tujukan khas utk rakan umah sewa...hehehehe :) slmt mencuba!!!!!

Friday, March 05, 2004

Salam Jumaat!....
Mulakan pagi anda dengan senyuman ceria sambil mensyukuri nikmat Tuhan.

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."


Thursday, March 04, 2004

herm!...pagi hari yg menggembirakan, today is 2nd day I duk kat opis tanpa ade kije opis. Bukan sbb x nak buat, but keje dah sumbit semua sblm supervisor gi maternity leave. I masih menunggu utk di attacahkan pada supervisor yang baru, yerla kalau nak tunggu sampai my supervisor balik, bulan 5!! masa tu pun I dah abis internship program...harap2 x tanam anggur!!! lepas tu, insyaallah.

Kak Ernie my opismate cakap pagi tadi "huh!nuha berbaloi lah keje keras sblm ni, balik lewat, sampai umah sambung keje lagi...so skrg dapat rilex sat"....tenQ kak! u sungguh memahami my situations! thanks!!!

Wednesday, March 03, 2004

erm, best ari ni,sepanjang hari ni tak de keje.....pandai gaks i manfaatkan ari ni dgn explore buat blog ni..hehehehe. Terasa bangga yang tak terkira ni....
Nantikan perubahan demi perubahan yang will be coming...tungggggggggggggggggggggu!
Assalamualaikum ....

Today is my 1st day, I dpt completekan I punya weblog...
itu pun sbb ader org assist me!!!....
you know who?????
Maryam...cik yam kecik molek tu...

Terasa bangga lak bila ada blog sendiriiiiii
saper yg takder tu jgn jeles!!!
nak menuntut bleh....rm 100 seminit...hahahhahaha

This page is powered by Blogger. Isn't yours?